Friday, 28 December 2012

Muahahaha

Bismillah.


Alhamdulillah... Dapat jugak menghapdet blog. Dah two months tak bukak and update rasa lain macam lak. Okey..

First thing first,
Lagi seminggu nak naik sekolah...
Dah 3 minggu duduk kat rumah. Sangat seronok. >,<
Dapat buat sume benda yang tak dapat dilakukan semasa bersekolah.
Sekarang boleh movies marathon.
Novels merathon.
Comics marathon.
Animes marathon.
Dan bermacam lagi yang boleh di'marathon'kan.

Sangat best-giler-tahap dewa.
Boleh le lepas ni aku ternak lemak bebanyak, then bukak ladang jual lemak.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebenarnya aku dah abis modal nak karang-canang-tulis apa lagi kat blog ni.
Sekian untuk hari ini nyer entri.


Konklusinya: Thanks a lot to Nadhrah Husna (betul ke aku eja nama ko ni?) sebab bagi hadiah sama ngan wishlist aku. Aku tengah gigih-giler-nak-mati buat movie marathon Supernatural. Kalau nak aku pulangkan pendrive cakap je tau. M.A.H.B.O.M :D




Monday, 17 September 2012

Wordless Monday.

Bismillah.









Konklusinya: Selebet bukan? Kasut pun nak tayang. Papepon wateva. M.A.H.B.O.M

Sunday, 16 September 2012

Sudah berhabuk + bersawang

Bismillah.


Disaat aku menekan papan kekunci komputer ribaku aku merasa sungguh berdebar-debar umpama ingin melakukan terjunan udara. Ceh ayat skema serta hiperbola habis!! Setelah sekian lama aku tak meng'update' blog tetiba rasa kekok je nak tulis.

Nothing to share here just nak lepas gian menulis je. Masa aku bukak blog ni aku nampak sarang labah-labah berlambak-lambak di setiap penjuru blog. Binaan kat blog ni pun dah rapuh tunggu masa nak runtuh je bak kata pepatah ' hidup segan mati tak mahu '.< Shush> back to the point writer!

Emm... sedar tak sedar dah habis dah bulan Syawal. Tak sabar rasanya nak jumpa bulan Ramadan tahun depan. Harapnya panjang umur dan dapat jumpa Ramadan lagi. Dan percayalah banyak dah berubah sepanjang tahun ni. Tahun di mana aku rasa sangat memorable buat diri aku. Sepanjang tahun yang penuh dengan drama, tragedi, suka dan duka.

Nak tahu tak aku baru faham kenapa orang suka sangat guna frasa ni ' what doesn't kill you make you stronger ' sebab sesuatu yang jadi kat kita dan kita mampu harunginya no matter come hell or high water. Kita dah bersedia untuk segala kemungkinan dan tahun ni jugak aku belajar untuk kuatkan hati, redha dengan apa yang berlaku dan be a better person.

Okey rasanya macam nak citer lagi panjang tapi nanti masuk dalam personal life pulak kan. So, this is the end for today entry. Here some advises for myself and readers yang tetiba TERbukak aku punya blog and TERbaca sampai habis  : To be the person for everybody demand is not easy, : To achieve what we really want is not easy, : Good things come easy but never forget the bad things also come easy. But when we kneel down to Allah we can stand up for everything no matter what you have faced.

I do love this quran. nak beli..nak beli..nak beli


Konklusinya: Never stop your DOA to Allah sebab DOA tu wireless and 'coverage'nya meliputi seluruh alam. USAHA + DOA + TAWAKAL = DEKAT DENGAN ALLAH.( M.A.H.B.O.M )




  

Thursday, 31 May 2012

Trip Mendaki Gunung Perlis

Bismillah.

Seperti biasa kerajinan tangan aku memang tak dapat dibendung lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah. Maklumlah baru dapat kuasa veto menghalau sekalian manusia yang nak hadap laptop. Berbekalkan alasan "nanti aku naik sekolah ko hadap le laptop tu sensorang". Nak tak nak orang lain kene mengalah jugak.

Trip ni sebenar dah berbulan aku pergi tapi baru sekarang nak update. Lagi satu trip ni under sekolah. Before naik gunung persiapan mental dan fizikal haruslah mantap. Kalau tak baru suku naik gunung dah nak turun balik ye dak? Dan benda yang wajib bawak sebelum mendaki -air isotonik (ikut hang la nak bawak brp botol) - some chocs (chocs cadburry RM 2.50 pun dah cukup). Make sure bekalan cukup kalau tak memang boleh pitam masa mendaki.

Hah, trip ni masa bulan Mac. Lama gila baru nak citer kan? Tanpa perlu tulis lebih lanjut bolehlah saksikan tayangan gambar den ngan budak-budak group den.




Perkara biasa yang mesti dilakukan semua orang. sesi mengambil gambo. kalau dah turun baru nak amik gambo nak wat pe??





Ni la pak cik tour guide untuk mendaki Gunung Perlis. Ada dua orang kat depan sorang kat belakang pun sorang. Barulah tak sesat kan. heh!

.


Oleh sebab kumpulan aku kumpulan pertama makanya banyaklah gambar yg diambil untuk setiap perhentian. ni salah satu kumpulan lain gak.


Masa ni dah nak hampir ke puncak (sebanarnya jauh lagi). Kat sini bermulanya sempadan antara Thailand-Malaysia. Pak Cik tour guide tu kata "kalau korang jalan satu kilometer ke hutan Thailand. Nanti korang kene tangkap lepas tu kene bunuh sebab menceroboh masuk" Kitorang yang dengar buat muka jatuh rahang je lepas tu.haha. Tapi bebudak group aku tu gonjol jakun yang amat. Kitorang berdiri kat sebelah sempadan Thailand then cakap dengan BANGGANYA " yay dah pergi oversea" Ceh padahal sempadan je kot.
 
Hah tenung la kaki tu lelama. Sebab pastinya bukan kaki aku. Dan aku telah pastikan kaki tu munutup je auratnya  untuk dilihat. JANGAN bimbang sekiranya anda rasa berdosa ye . >,<. Lagi satu kesan darah tu adalah hasil ciuman daripada cik pacat  .


Abaikan gaya yang mencirap tu. Lihat kesungguhan kami mendaki. Aku rasa cam ada orang yang jeles je tengok gambo ni. (gile perasan aku ni ek).


At last, kitorang sampai gak kat puncak. Masa ni aku buat nada sayu je sebab ingat dapat tengok panorama dari atas gunung. Rupanya hutan je atas tu.  T_T. Benda yang menakutkan best masa daki gunung ni adalah serangan daripada cik pacat. Gila banyak sampai tak terhitung. Setiap hentakan pasti pacat menanti untuk memacat. Geli tahu. Yang kene gigit ngan pacat jangan cakap le memang banyak. Kitorang yang pakai litup habis pun the Pacat dapat naik gak sampai ke badan. Ngeee.. geli gila. Masa kat puncak ni lagi banyak pacat berkampung tahu.



Kat sini aku serta kan la sekali gambar daripada group lain. Tatap la pepuas ye.



Sebelum mendaki kitorang diberi briefing. Pak cik bagi briefing tu kata" sebenarnya Gunung Perlis ni bukan gunung. Sepatutnya bukit je sebab tak cukup ketinggian nak jadi gunung. Tapi sebab dah dirasmikan jadi gunung maka gunung la jadinya" kitorang gelak je dengor. har..har..har..Sepatutnya ketinggiannya kene mencecah 1000 meter and above barulah boleh panggil gunung.



Lepas naik kenalah turun balik kan? Ce bayangkan dah tiba kat puncak..dah penat gila..pastu bergegas pulak turun semula untuk kejar masa. Hah ni la hasilnya semua terlepek..penat ..sakit kaki.. sume ada. (jgn tnya aku kenapa aku letak gambo budak lelaki bukan perempuan. ko gila nak letak gamba bebudak perempuan. Lagi satu ni gamba ikhlas daripada pemilik kamera. Kami sekadar berkongsi gamba.)


Konklusinya: Perasan tak kat setiap gambo mesti muka tengah cover senyum. Ni sume gara-gara pacat nak panjat ke badan la ni. Tahan je la kan. M.A.H.B.O.M =)

Saturday, 26 May 2012

IT'S SCHOOL BREAKS

Bismillah.

Setelah sebulan berhempas pulas memerah otak untuk menghafal fakta-fakta menarik dan mencanang idea untuk menjawab soalan peperiksaan setengah tahun. Finally it was over. Over tak over SPM belum lagi so takde yang mengembirakan hatta menggamit memori di bawah pokok pisang pun.

nape ada arnab dan kucing kat sebelah tu?? confius



Apa-apa pun it was over and hope the flying colour punyer result le nanti. Still perjuangan masih perlu diteruskan kan kan kan. Hah kat sini ada la serangkap pantun buat diriku yang tercinta..

Nama diberi ialah cuti,
Tapi aku rasa macam bukan cuti,
Sebabnya tak sampai 2 minggu bercuti,
Aku dah ke sekolah kembali,

Hah sedapkan..kan..kan.. jadinya aku nak sambung pantun lagi

Sebelum cuti bermula,
Kerja sekolah punyalah bertimpa-timpa,
Ugutan dan peringatan diberi setiap masa,
Katanya sebagai tanda sayang dan cinta,,,,(say what apa kau merapu ni)

And to all Secondary Student " Happy Holiday" (walaupun sebenarnya tak langsung. kan FIVER!)

Konklusinya:Selamat Hari Guru buat sumua guru di Malaysia walaupun kadang-kadang perangai macam bangsat mengguris hati anak murid. Yet, you still the teachers right.. M.A.H.B.O.M.


Sunday, 20 May 2012

Wordless Sunday

Bismillah.





konklusinya : "The truth that lies inside" M.A.H.B.O.M

Friday, 2 March 2012

Setelah sekian lama.....

Bismillah.


Sudah lama mak cik tidak menghapdet belog. Dari bulan 2 sekarang dah masuk bulan 3 baru mak cik nak hapdet. By the new there is no new story to share. Tapi aku still rasa nak share jugak. This morning my friends went to Cameron Highland. It's sound so fun. So, aku mintak diorang belikan aku kaktus. Tujuannya nanti kalau ngantuk kat kelas boleh la dihentakkan kepala di pokok kaktus agar mata kembali segar.

Jadi, yang tinggal hari ni dalam kelas ada la dalam 24 pelajar. Macam sikit tapi seronok la jugak tak ramai manusia dalam kelas tu. Hari ni cikgu Fizik buat ekperimen Van Der Graff generator.
ni la Van Der Graff generator.
 Generator ni untuk uji charge flow. Ada current flow tapi perlahan so boleh diuji dengan tangan. Jadi aku dengan ecxited menguji dengan jari. First macam kene renjat dengan eletrik. Then, aku try kat sebelah bawah glob besi tu sampai keluar current. Lepas tu aku rasa macam mantul. hahaha.

Okey, sekarang cerita pasal esok pulak. Ya!! Tepat sekali esok aku sekolah ganti. Emm.. bagus la tu form 5 yang tak pernah cuti pun kene sekolah juga. Hari Ahad pun sekolah jugak sebab ada ceramah dengan pelajar Universiti Malaya. Hah, program ni wajib datang sebab dapat sijil peringkat kebangsaan. Jadi WAJIB datang untuk kumpul markah koko.


Konklusinya: kadang-kadang aku rasa penat jadi form 5 ni. kadang-kadang macam tak penat jadi form 5. aku harap ada abang hensem hari ahad ni nanti boleh cuci mata. hahahhaha. okey abaikan ayat kedua terakhir tu. M.A.H.B.O.M  :)

Wednesday, 25 January 2012

Melunas Rindu

Bismillah.

Ehem..ehem..emm.. perasan tak waktu-waktu cuti sekolah aku rajin sangat nak menge'post'kan entry baru. Okey memandangkan aku naik sekolah lebih awal daripada biasa. Al-maklumlah fivers kan. Fivers lah sangat kalau ada cuti sekolah or tension duk ngadap laptop memang carik maut namanya.

Berbalik pada topik asal kita ya. Secara jujurnya mak cik baru nak menghadap homework yang melambak yang dibekalkan oleh guru-guru tersayang. So ni maybe entry yang terakhir mak cik post before mak cik naik sekolah ni. Ni kira lepas gian+perasaan+tension aku, bagi mengelakkan renasance setiap kali terserempak dengan laptop.

Esok mak cik dah kene pergi sekolah belajar. Program Excel 1 namanya. Tengok nama program macam bersiri kan?? Program ni untuk habiskan silibus secepat yang mungkin. Then kitorang akan buat latih tubi sebanyak yang boleh and cover sub-topic ting 4 sekali. After that program aku ada peksa UF. Peksa dalam jangka masa 3 hari untuk 11 subjek memang gila aku nak baca buku.

Okey good bye then my lappy, blog and all the songs in my bookmark. aku tak tinggalkan just jarang bukak je.


kenapa gambar aku tak de kaitan dengan entry?? 

konklusinya: kenapa aku punya tajuk entry macam novel BM tingkatan 4 punya?? aku rasa macam siot je.  Besides, cantik kan gambar tu. aku tau sebab aku yang amik gambo tu. hahaha. M.A.H.B.O.M =)

Monday, 23 January 2012

Hari Ini

Bismillah.


Hari ini usai aku bangun untuk solat subuh.
Pergi belakang rumah, sidai baju. Jiran sebelah switch on the radio aku tumpang sekaki.
Lepas tu cuci baju lain.
Masuk dapur cari makan. Then tolong mak masak.
Berbual dengan mak. Banyak. Semua benda keluar. Aku baru perasan aku dah besar.
Buat air. Teh, Milo susu, aku dah ketagih Nescafe Mild.

Lepas sarap. On lappy pulak.
Bukak FB then blogging, downloading songs.
Sambil duduk-duduk memikir idea untuk blog.
Memerhati sekeliling. Mak cik aku tolong anak buat kerja sekolah.
Along tengok citer cartonn. Tengah hari ni nak balik uni semula.
Adi main game dalam henpon mak.
Mak tengah bersiap nak keluar beli barang along.
My little sister still sleeping.
Aku gigit jari sambil fikir ayat apa lagi nak canang dalam blog ni.

Renasance. Setiap kali nampak laptop. Sebab dah berhari-hari tahan nafsu.
Soldier of Allah dah take over satu kepala.
Sebenarnya, ada satu perkara yang aku nak buat since I woke up early in the morning.
Sambil mengelap peluh-peluh sejuk yang keluar dari kepala.
Dengan kegigihan jari jemari dan ketahanan mental yang tinggi.
Berbalik semula kepada fokus utama aku.
.
.
.
.
.
Aku nak terberak la ngek.
Silakan muntah pink sebab aku tau korang mesti rasa mencirap. 


Konklusinya: perasan tak dalam banyak-banyak perkara yang aku citer ade satu aku belum buat. aku belum mandi lagi. hahaha. M.A.H.B.O.M =)

Thursday, 12 January 2012

Mari mem'bajet'kan Diri

Bismillah.

Entry kali ni aku tulis khas untuk sesiapa yang rasa macam rendah diri dan mahu meninggikan diri. Untuk sesiapa yang nak menyakitkan hati kawan ataupun mencirapkan diri sendiri. hahahaha bacalah sendiri ye..


--> Setelah bangun pagi. Hembus nafas kat cermin sambil berkata "emm, wanginya bau nafas aku" dengan riak supaya kawan atau adik-beradik  korang dengar.

--> Buat muka yang paling menyakitkan hati. Then, cakap depan kawan korang "comel tak aku?? comel kan. aku tau  tak payah cakap" sambil diiringi ketawa yang menyakitkan hati.

--> Beli bende-bende baru pastu tayang kat seluruh alam. Upload dalam blog, dalam facebook, tweet dalam twitter. lepas tu puji bende yang korang beli. Nak lagi best beritahu berapa harga sekali.

--> Sambil jalan-jalan tanya la kawan-kawan yang korang jumpa pastu tanya "nak sign" sambil tersenggih macam kerang busuk.

--> Jalan sambil buat gaya taiko nak masuk pub. Pastikan semua orang tahu kehadiran korang. Lepas tu tanya awek kat tepi "saya hensemkan hari ni" then kenyit mata pula ~,<

--> Memperasankan diri korang manusia paling cantik dan paling macho atas muka bumi. Then, after 10 minutes pergi toilet utk pastikan tudung, rambut or make up dlm keadaan terbaek.

--> Kalau korang tak kena maki atau kena sumpah daripada orang lain masa tengah praktis semua yg diatas. Means, korang tak cukup bajet.

--> aku tak tau nak letak apa lagi sebab aku tak bajet. hahaha.


Konklusinya: dlm Kamus Dewan Edisi-Aku bajet bermaksud belanjawan untuk diri sendiri ataupun secara berkeluarga dalam tempoh setahun. Namun definisi bajet bagi entry aku ni sgt jauh menyimpang maksudnya. M.A.H.B.O.M =)