Wednesday, 25 January 2012

Melunas Rindu

Bismillah.

Ehem..ehem..emm.. perasan tak waktu-waktu cuti sekolah aku rajin sangat nak menge'post'kan entry baru. Okey memandangkan aku naik sekolah lebih awal daripada biasa. Al-maklumlah fivers kan. Fivers lah sangat kalau ada cuti sekolah or tension duk ngadap laptop memang carik maut namanya.

Berbalik pada topik asal kita ya. Secara jujurnya mak cik baru nak menghadap homework yang melambak yang dibekalkan oleh guru-guru tersayang. So ni maybe entry yang terakhir mak cik post before mak cik naik sekolah ni. Ni kira lepas gian+perasaan+tension aku, bagi mengelakkan renasance setiap kali terserempak dengan laptop.

Esok mak cik dah kene pergi sekolah belajar. Program Excel 1 namanya. Tengok nama program macam bersiri kan?? Program ni untuk habiskan silibus secepat yang mungkin. Then kitorang akan buat latih tubi sebanyak yang boleh and cover sub-topic ting 4 sekali. After that program aku ada peksa UF. Peksa dalam jangka masa 3 hari untuk 11 subjek memang gila aku nak baca buku.

Okey good bye then my lappy, blog and all the songs in my bookmark. aku tak tinggalkan just jarang bukak je.


kenapa gambar aku tak de kaitan dengan entry?? 

konklusinya: kenapa aku punya tajuk entry macam novel BM tingkatan 4 punya?? aku rasa macam siot je.  Besides, cantik kan gambar tu. aku tau sebab aku yang amik gambo tu. hahaha. M.A.H.B.O.M =)

Monday, 23 January 2012

Hari Ini

Bismillah.


Hari ini usai aku bangun untuk solat subuh.
Pergi belakang rumah, sidai baju. Jiran sebelah switch on the radio aku tumpang sekaki.
Lepas tu cuci baju lain.
Masuk dapur cari makan. Then tolong mak masak.
Berbual dengan mak. Banyak. Semua benda keluar. Aku baru perasan aku dah besar.
Buat air. Teh, Milo susu, aku dah ketagih Nescafe Mild.

Lepas sarap. On lappy pulak.
Bukak FB then blogging, downloading songs.
Sambil duduk-duduk memikir idea untuk blog.
Memerhati sekeliling. Mak cik aku tolong anak buat kerja sekolah.
Along tengok citer cartonn. Tengah hari ni nak balik uni semula.
Adi main game dalam henpon mak.
Mak tengah bersiap nak keluar beli barang along.
My little sister still sleeping.
Aku gigit jari sambil fikir ayat apa lagi nak canang dalam blog ni.

Renasance. Setiap kali nampak laptop. Sebab dah berhari-hari tahan nafsu.
Soldier of Allah dah take over satu kepala.
Sebenarnya, ada satu perkara yang aku nak buat since I woke up early in the morning.
Sambil mengelap peluh-peluh sejuk yang keluar dari kepala.
Dengan kegigihan jari jemari dan ketahanan mental yang tinggi.
Berbalik semula kepada fokus utama aku.
.
.
.
.
.
Aku nak terberak la ngek.
Silakan muntah pink sebab aku tau korang mesti rasa mencirap. 


Konklusinya: perasan tak dalam banyak-banyak perkara yang aku citer ade satu aku belum buat. aku belum mandi lagi. hahaha. M.A.H.B.O.M =)

Thursday, 12 January 2012

Mari mem'bajet'kan Diri

Bismillah.

Entry kali ni aku tulis khas untuk sesiapa yang rasa macam rendah diri dan mahu meninggikan diri. Untuk sesiapa yang nak menyakitkan hati kawan ataupun mencirapkan diri sendiri. hahahaha bacalah sendiri ye..


--> Setelah bangun pagi. Hembus nafas kat cermin sambil berkata "emm, wanginya bau nafas aku" dengan riak supaya kawan atau adik-beradik  korang dengar.

--> Buat muka yang paling menyakitkan hati. Then, cakap depan kawan korang "comel tak aku?? comel kan. aku tau  tak payah cakap" sambil diiringi ketawa yang menyakitkan hati.

--> Beli bende-bende baru pastu tayang kat seluruh alam. Upload dalam blog, dalam facebook, tweet dalam twitter. lepas tu puji bende yang korang beli. Nak lagi best beritahu berapa harga sekali.

--> Sambil jalan-jalan tanya la kawan-kawan yang korang jumpa pastu tanya "nak sign" sambil tersenggih macam kerang busuk.

--> Jalan sambil buat gaya taiko nak masuk pub. Pastikan semua orang tahu kehadiran korang. Lepas tu tanya awek kat tepi "saya hensemkan hari ni" then kenyit mata pula ~,<

--> Memperasankan diri korang manusia paling cantik dan paling macho atas muka bumi. Then, after 10 minutes pergi toilet utk pastikan tudung, rambut or make up dlm keadaan terbaek.

--> Kalau korang tak kena maki atau kena sumpah daripada orang lain masa tengah praktis semua yg diatas. Means, korang tak cukup bajet.

--> aku tak tau nak letak apa lagi sebab aku tak bajet. hahaha.


Konklusinya: dlm Kamus Dewan Edisi-Aku bajet bermaksud belanjawan untuk diri sendiri ataupun secara berkeluarga dalam tempoh setahun. Namun definisi bajet bagi entry aku ni sgt jauh menyimpang maksudnya. M.A.H.B.O.M =)