Seperti biasa kerajinan tangan aku memang tak dapat dibendung lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah. Maklumlah baru dapat kuasa veto menghalau sekalian manusia yang nak hadap laptop. Berbekalkan alasan "nanti aku naik sekolah ko hadap le laptop tu sensorang". Nak tak nak orang lain kene mengalah jugak.
Trip ni sebenar dah berbulan aku pergi tapi baru sekarang nak update. Lagi satu trip ni under sekolah. Before naik gunung persiapan mental dan fizikal haruslah mantap. Kalau tak baru suku naik gunung dah nak turun balik ye dak? Dan benda yang wajib bawak sebelum mendaki -air isotonik (ikut hang la nak bawak brp botol) - some chocs (chocs cadburry RM 2.50 pun dah cukup). Make sure bekalan cukup kalau tak memang boleh pitam masa mendaki.
Hah, trip ni masa bulan Mac. Lama gila baru nak citer kan? Tanpa perlu tulis lebih lanjut bolehlah saksikan tayangan gambar den ngan budak-budak group den.
Perkara biasa yang mesti dilakukan semua orang. sesi mengambil gambo. kalau dah turun baru nak amik gambo nak wat pe??
Ni la pak cik tour guide untuk mendaki Gunung Perlis. Ada dua orang kat depan sorang kat belakang pun sorang. Barulah tak sesat kan. heh!
.
Oleh sebab kumpulan aku kumpulan pertama makanya banyaklah gambar yg diambil untuk setiap perhentian. ni salah satu kumpulan lain gak. |
Hah tenung la kaki tu lelama. Sebab pastinya bukan kaki aku. Dan aku telah pastikan kaki tu munutup je auratnya untuk dilihat. JANGAN bimbang sekiranya anda rasa berdosa ye . >,<. Lagi satu kesan darah tu adalah hasil ciuman daripada cik pacat .
At last, kitorang sampai gak kat puncak. Masa ni aku buat nada sayu je sebab ingat dapat tengok panorama dari atas gunung. Rupanya hutan je atas tu. T_T. Benda yang
Kat sini aku serta kan la sekali gambar daripada group lain. Tatap la pepuas ye.
Sebelum mendaki kitorang diberi briefing. Pak cik bagi briefing tu kata" sebenarnya Gunung Perlis ni bukan gunung. Sepatutnya bukit je sebab tak cukup ketinggian nak jadi gunung. Tapi sebab dah dirasmikan jadi gunung maka gunung la jadinya" kitorang gelak je dengor. har..har..har..Sepatutnya ketinggiannya kene mencecah 1000 meter and above barulah boleh panggil gunung.
Lepas naik kenalah turun balik kan? Ce bayangkan dah tiba kat puncak..dah penat gila..pastu bergegas pulak turun semula untuk kejar masa. Hah ni la hasilnya semua terlepek..penat ..sakit kaki.. sume ada. (jgn tnya aku kenapa aku letak gambo budak lelaki bukan perempuan. ko gila nak letak gamba bebudak perempuan. Lagi satu ni gamba ikhlas daripada pemilik kamera. Kami sekadar berkongsi gamba.)